ZEISS VisuMax

Pembedahan Lasik Mata Kuantan

Pembedahan LASIK (laser mata untuk hilangkan rabun) dengan kerjasama pakar bedah terkemuka Prof Madya Dr.Khairidzan dan team LASIK beliau.

R

Prosedur yang pantas, efisien dan selamat

R

tiada lagi rabun dan spek mata

R

doktor yang berpengalaman

R

Masalah Penglihatan yANg Boleh Dibetulkan dENGAn Lasik

Pembedahan Lasik boleh membetulkan rabun jauh (myopia) dan astigmatism (rabun silau).

Dapatkan konsultasi yang terperinci dengan doktor kami di Kuantan untuk mengetahui info selanjutnya tentang process lasik mata.

Kelebihan Lasik Mata

R

Kaedah moden dan selamat

R

Melihat dengan jelas tanpa memakai cermin mata

R

Penglihatan yang diinginkan dicapai dengan cepat

Proses Lasik Mata

Prof Madya Dr. Khairidzan Mohd Kamal

Associate Professor at the Department of Ophthalmology,
in the Faculty of Medicine of a public university.

Director of Cornea, External Disease and Refractive Surgery Services
at a private eye specialist clinic in the east coast of Malaysia.

Dr. Khairidzan received his MBBS from the University of Queensland in 1997, and obtained the Masters of Surgery (Ophthalmology) from the National University of Malaysia (UKM) in 2004. 

He also spent a year as an Adjunct Clinical Instructor and International Fellow in Cornea, External Disease and Refractive Surgery at the University California Los Angeles, (UCLA) in 2008.

In addition to receiving 7 awards from the IIUM for quality research, he also won the Best Poster award at the Malaysia-Singapore Ophthalmology Joint Meeting in 2009.

He was also the recipient of the Malaysian Society of Ophthalmology Achievement Award and Asia Pacific Association of Cataract and Refractive Surgery Certified Educator Award in 2018.  

Dr Khairidzan has published a number of articles in scientific journals and made more than two hundred scientific presentations.

In addition to receiving 7 awards from the IIUM for quality research, he also has been appointed as key opinion leader by several multinational pharmacological and surgical companies.

He contributes his expertise on the Malaysia Dry Eye Advisory Board and was an invited member to Ministry of Health taskforce meetings on postgraduate training modules and subspecialty training. He was also one of the member of Asia Pacific Ocular Surface Disease caucusing committee.

 

Kenapa pilih Lasik bersama

Prof Madya Dr. Khairidzan?

Proses penilaian sebelum pembedahan yang mengutamakan keselamatan (lEBIH DARI 3000++ customer lasik yang berjaya dirawat)

KEpakaran serta pengalaman yang luas
Beliau merupakan “certified educator” di Malaysia oleh Asia Pacific Association of Cataract and Refractive surgeons dan beliau telah melatih ramai pakar mata yang lain dalam bidang pembedahan Lasik

mempunyai pusat pemeriksaan serta pembedahan yang menggunakan pelbagai teknologi yang canggih dan terkini
(antara yang tercanggih di Malaysia dengan nilai peralatan melebihi rm 5 juta++)

Pasukan sokongan yang terlatih dan bertauliah seramai 11 orang untuk memastikan pembedahan berjalan dengan lancar dan selamat

servis “After care” dan “follow up” berkala selepas pembedahan untuk memastikan kesihatan mata untuk jangka masa panjang

Video credit goes to tiktok@acak_east

Video credit goes to tiktok@acak_east

Pelanggan Kami

Jom kita dengar apa kata mereka.

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah peranan Eyecon Optometry Kuantan dalam kerjasama ini?

Kami mempunyai 2 peranan utama iaitu ;

a) Sebagai syarikat yang dilantik Carl Zeiss sebagai agen pembekal “LASIK Treatment Pack” iaitu peralatan pembedahan khusus yang digunakan untuk setiap pembedahan Lasik.

b) Kami membantu menguruskan klien yang ingin membuat Lasik secara bayaran ansuran.

Bolehkah saya deal secara terus dengan Prof Khai dan team Lasik beliau?
Ya, tiada masalah, jika anda TIDAK berminat untuk membuat bayaran secara ansuran boleh terus berurusan dengan mereka. Bole wasap terus team Lasik +6019 911 2642.
Mengapakah kaedah pembedahan Relex Smile begitu tinggi dari segi kos?

Kaedah Relex Smile merupakan kaedah yang paling terkini berbanding semua kaedah yang lain.

Ia menggunakan mesin teknologi terkini yang dapat menghilangkan rabun tanpa perlu menghiris (flap creation) lapisan kornea yang paling atas.

Oleh kerana ia tidak memerlukan “flap” maka komplikasi lebih rendah berbanding kaedah lain dan rabun juga dapat dirawat dengan lebih tepat.

Ramai pakar mata dan juga data daripada kajian menunjukkan kaedah Relex Smile dapat mengekalkan kekuatan struktur kornea untuk jangka masa panjang dan ini dapat membantu kesihatan mata sepanjang hayat.

Keputusan akhir tetap bergantung kepada keadaan mata individu namun kebanyakan kes Relex Smile mencapai keadaan mata yang hampir tiada rabun langsung.

Oleh itu kos adalah tinggi kerana ia adalah kaedah terkini yang menggunakan mesin canggih bernilai jutaan ringgit dan juga kos penyelidikan dan pembangunan yang tinggi untuk menghasilkan kaedah yang luar biasa ini.

Bacaan tambahan ; https://www.reviewofophthalmology.com/article/the-current-state-of-smile-vs-lasik

Apakah kelebihan dan kekurangan Lasek, Femto Lasik serta Relex Smile?
Di sini kami sertakan penerangan yang ringkas, untuk penerangan lebih terperinci boleh hadir untuk saringan peringkat pertama ; Secara amnya keadaan mata seseorang akan menentukan kaedah mana yang lebih sesuai. Tidak semestinya jika seseorang pesakit itu mampu dia boleh terus memilih kaedah Relex Smile dan sebaliknya. Lasek ; Kelebihan – Sesuai untuk rabun silau (astigmatism yang tinggi) serta golongan yang ingin melakukan pembedahan laser mata presbyopic (golongan rabun dekat akibat peningkatan usia) – kos yang jauh lebih murah kekurangan – untuk 2 hari pertama selepas pembedahan lebih ramai yang melaporkan ketidak selesaan mata seperti pedih, sakit, berair dan mata merah. – lebih lambat pulih dan lambat mendapatkan penglihatan jelas berbanding Femto dan Smile. Femto Lasik dan Smile – Kedua-dua kaedah ini sangat hampir dari segi keberkesanan dalam merawat dan menghilangkan rabun sepenuhnya. – Namun seperti yang dinyatakan di atas, berdasarkan data yang telah diterima daripada ribuan pembedahan Relex Smile yang telah dijalankan serta kajian pakar Lasik terkemuka dunia ; Kaedah Relex Smile merupakan kaedah yang paling berpotensi untuk mengekalkan integriti dan kekuatan lapisan kornea untuk kesihatan mata jangka masa panjang. Bacaan tambahan ; i) https://www.zeiss.com/vision-care/int/better-vision/health-prevention/treatment-comparison.html ii) https://www.zeiss.com/vision-care/int/better-vision/health-prevention/lasik-laser-eye-surgery.html
Adakah mata saya sesuai untuk menjalani pembedahan Lasik ini?
Bagi mengenal pasti tahap kesesuaian dan kelayakan, anda perlu melalui 2 peringkat pemeriksaan. Peringkat pertama adalah saringan serta konsultasi yang mengambil masa lebih kurang 60 minit. Anggaran kos adalah RM 100. Sekiranya anda lulus saringan peringkat pertama dan berminat untuk meneruskan maka anda perlu melalui saringan peringkat kedua, iaitu pemeriksaan mata yang terperinci (Pre Op Assessment) Peringkat kedua ini mengambil masa minima 4 jam hingga 5 jam bergantung kepada keadaan mata anda dan anggaran kos adalah RM 300 – RM 350. Sekiranya anda lulus peringkat kedua maka anda layak untuk menjalani pembedahan Lasik mengikut saranan kaedah pembedahan yang sesuai dengan mata anda. Samada kaedah Lasek, Femto Lasik atau SMILE.
Berapakah harga pembedahan LASIK?

Terdapat 3 jenis pembedahan iaitu Lasek, Femto Lasik dan Relex Smile.

Berikut adalah senarai harga ansuran terkini – 2022

Harga Ansuran (24 bulan)

Lasek : RM 199.34 (sebulan, deposit RM 1232.50)
Femto Lasik : RM 303.25 (sebulan, deposit RM 1875)
Relex SMILE : RM 424.56 (sebulan, deposit RM 2625.00)

* Pembayaran bulan terakhir mungkin akan tinggi sedikit, tidak lebih dari RM 3.

** Hubungi kami untuk harga lump atau sebarang maklumat lanjut.

 

Saya telah membuat perbandingan harga dan terdapat pusat Lasik yang menawarkan harga lebih murah. Boleh terangkan kenapa?
Harga bergantung kepada beberapa faktor antaranya ; i) Pengalaman dan kepakaran pakar mata yang menjalankan pembedahan ii) Kualiti dan bilangan pemeriksaan sebelum dan selepas pembedahan oleh team yang terlatih dan bertauliah (pre op exam dan post op follow up) iii) Teknologi mesin-mesin yang digunakan (berapa bilangan mesin yang digunakan dan jenis mesin itu sendiri) iv) Kos fasiliti pembedahan ; contohnya jika pembedahan dilakukan di hospital yang mempunyai banyak kemudahan dan keselesaan pesakit.
Ada jaminan ke untuk pembedahan Lasik?
Setiap individu mempunyai keadaan mata yang berbeza. Oleh itu kami sarankan melalui proses saringan terlebih dahulu. Sebelum menjalani pembedahan setiap pesakit akan diterangkan mengenai semua risiko dan kesan sampingan yang terlibat.
Apakah risiko serta kesan sampingan pembedahan Lasik?
Antara risiko serta kesan sampingan lasik ; mata lebih sensitif terhadap cahaya, silau mata terutama waktu malam (halos), mata kering, rabun kembali meningkat, komplikasi ketika pembedahan dan selepas pembedahan dan lain-lain.
Apakah syarat yang diperlukan untuk membuat ansuran bulanan?
a) kad debit atau kad kredit (ansuran bulanan akan auto deduct dari kad ini) b) salinan bil api, air atau telefon. c) slip gaji Kelulusan daripada pihak BNPL mungkin mengambil masa 1 hingga 2 minggu.

Hubungi Kami

Call Now