Selamat Datang ke Eyecon Kuantan

Mari Bersama-Sama Jaga Mata dan Penglihatan

Optometris yang bertauliah

Perkhidmatan yang terbaik

Buka Setiap Hari

Persekitaran yang selesa dan bersih

Servis Kami

Perkhidmatan Profesional

Perkhidmatan pemeriksaan optometrik profesional untuk rabun serta saringan penyakit mata (retinopati diabetes, katarak, glaukoma dan lain-lain)

Perkhidmatan Safety Glass

Perkhidmatan cermin mata keselamatan berpreskripsi (prescription safety glasses) untuk tempat kerja industri (pakej individu atau pakej korporat)

Perkhidmatan Kawal Rabun

Perkhidmatan konsultasi pengawalan myopia (rabun jauh) bagi melambatkan dan mengawal kenaikan rabun terutama bagi golongan kanak2 (optometris kami mempunyai pensijilan pengawalan rabun tahap “advanced” dari Brien Holden Vision Institute, Australia)

Perkhidmatan Kes Kompleks

Perkhidmatan konsultasi cermin mata untuk golongan kes yang kompleks seperti rabun tahap tinggi, rabun tidak seimbang antara mata (Anisometropia), kes selepas pembedahan mata dan juga kanta lekap custom made untuk Keratoconus dan sebagainya.

Perkhidmatan Lasik

Perkhidmatan konsultasi LASIK ; pembiayaan secara ansuran dan juga tempahan “treatment pack lasik” (dengan kerjasama Pakar Mata Universiti Islam Antarabangsa, team Prof Khairidzan Mohd Kamal)

Perkhidmatan IOL (kanta pembedahan katarak)

Perkhidmatan konsultasi IOL, pembiayaan secara ansuran dan juga tempahan kanta IOL dan peralatan disposables untuk pembedahan katarak bersama pakar mata UIA.

Team Optometrist Kami

Nur Najwa Shakirah

Bachelor of Optometry (Hons)
University of Cardiff, UK

Ahmad Farhan b Ahmad Azmey

Bachelor of Optometry (Hons)
UKM

Nur Yasmin bt Nordin

Bachelor of Optometry (Hons)
UITM
Sebab-Sebab Untuk Datang Ke
Eyecon Kuantan

Optometris yg bertauliah dan berpengalaman

Team kami terdiri dari optometrist lulusan UKM, UIA, UITM dan juga University Cardiff, UK. Kami juga mempunyai lesen amalan yang berdaftar dengan Majlis Optik, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mesin pemeriksaan mata yang menggunakan teknologi digital moden

Antara peralatan yang kami gunakan untuk membuat pemeriksaan mata seperti mesin HTR 6 in 1 dari Korea yang boleh membuat pemeriksaan rabun jauh, mengukur lengkung and ketebalan kornea mata, tekanan dalam bola mata, katarak, saringan mata kering.

Beroperasi setiap hari

Kami beroperasi setiap hari termasuk sabtu dan ahad untuk memberikan perkhidmatan mata personal kepada semua golongan umur.

Terima Kasih!

Kepada pelanggan setia kami yang memilih produk dan servis dari EYECON.
Jom kita dengar apa kata mereka.

Pemeriksaan Mata

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah sebab- sebab masalah penglihatan?
Sebab- sebab masalah penglihatan adalah seperti berikut:

-Katarak
-Penyakit Retina
-Rabun
-Penyakit Kornea
-Glaucoma

Mengapa saringan penglihatan penting?
Saringan penglihatan adalah penting dilakukan kerana lebih daripada 50% kes yang mengalami masalah buta berpunca daripada penyebab yang boleh dicegah dan dirawat.

Lebih daripada 80% orang yang mengalami masalah penglihatan terhad mempunyai penyebab yang boleh dicegah dan dirawat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa katarak merupakan penyebab utama kepada masalah penglihatan terhad dan apabila penduduk meningkat usia, kebutaan yang disebabkan oleh age- related macular degeneration turut meningkat dengan ketara.

Apa akan berlaku sekiranya masalah penglihatan tidak dikesan awal melalui saringan penglihatan dan tidak dirawat dengan sepatutnya?
Penglihatan yang sempurna dapat memberikan maklumat mengenai keadaan sekeliling dan persekitaran kita. Oleh itu masalah penglihatan akan memberi kesan terhadap aktiviti kehidupan dan mengakibatkan kebergantungan.

Masalah penglihatan sebelah mata adalah berkaitan dengan isu keselamatan dan kebergantungan. Pesakit akan mengalami masalah menganggar kedalaman, sensitiviti kontra, silau dan koordinasi penglihatan serta pergerakan motor. Ini akan mengakibatkan ketidakseimbangan pergerakan.

Manakala masalah penglihatan kedua-dua belah mata pula adalah berkaitan dengan kebergantungan, isu psikososial dan gangguan aktiviti kehidupan seharian.

Tambahan pula, kebanyakan masalah penglihatan yang dialami oleh warga emas tidak dilaporkan kepada kakitangan kesihatan. Oleh itu saringan penglihatan di kalangan warga emas adalah disarankan.

Contact Info

Telefon

09-5173668

Whatsapp

017-366 8088

No.46, Ground Floor,
Jalan Putra Square 2, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang

Isnin – Sabtu
10:15am – 6:30pm

Ahad
10:30am – 5pm

Hubungi Kami Untuk Temu Janji

Call Now